Tuesday 22 April 2014

Perkhidmatan Perakaunan

Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat berkaitan catatan perakaunan, berikut disenaraikan khidmat pengurusan perakaunan yang saya ditawarkan secara bulanan ataupun tahunan:

i) Merekod perakaunan untuk tujuan:-
   - Percukaian (Enterprise)
   - Audit Syarikat Sdn Bhd
   - Koperasi
   - Proposal Perniagaan / Costing
   - Rujukan perkongsian perniagaan
   - Rujukan Lejar Penghutang/Pemiutang
   - Rujukan Prestasi Kewangan Bulanan
   
ii) Satu set laporan (bulanan/tahunan) akan di keluarkan meliputi :-
   - Kunci kira-kira (Balance Sheet)
   - Penyata Untung Rugi (Profit & Loss)
   - Imbangan Duga (Trial Balance)
   - Lejar Am (General Ledger Listing)
   - Lejar Penghutang/Pemiutang (Debtor/Creditor Statement) - jika berkaitan

iii) Caj akan dikenakan berdasarkan kuantiti dokumen, kepelbagaian transaksi akaun dan juga jenis laporan yang diperlukan.

iv) Saya juga menawarkan khidmat pengurusan fail (filling document) .

iv) Khidmat2 lain :-
   - Percukaian
   - Company Secretary
   - SSM
   - Auditing
   - Business Proposal
   - Daftar Kementerian Kewangan 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus melalui Email ke alamat ptghkl81@gmail.com, Telefon 0137313739 atau respons di blog ini. Sebarang komen atau cadangan amat saya alu-alukan. 

Sekian. Terima Kasih.

:)

Wednesday 10 October 2012

Kawalan Dalaman Syarikat

Kawalan dalam sesebuah syarikat amat penting kerana ia adalah faktor utama sesebuah syarikat itu boleh terus beroperasi (semestinya dengan keuntungan yang besar), dan syarikat masih lagi relevan untuk bersaing dalam perniagaan dibidangnya yang tersendiri. 

Meskipun ramai yang sedar tentang kepentingannya, namun tidak semua diantara mereka mengambil inisiatif untuk lebih fokus dan serius dalam mewujudkan kawalan dalaman itu sendiri. 

Mengapa perkara ini berlaku? Kurang pendedahan? Tidak cukup masa? Terlalu percaya dengan pekerja? Malas? Tidak perlu kerana syarikat masih kukuh? Membazir wang untuk menambah pekerja dan memberi latihan?

Apapun alasan yang diberi, sebenarnya adalah lebih rugi jika kita mengabaikan kunci utama kejayaan ini. Mungkin kita hanya akan bertindak bila sudah terlambat, seperti kebiasaan. 

Ada orang merasakan bisnes bertambah-tambah maju, semakin banyak projek diperolehi, tapi keuntungan yang diperoleh tidak menggambarkan langsung rancaknya perniagaan. Adalah lebih baik jika syarikat sedar lebih awal, dan pengurusan akan lebih cekap, minimakan kebocoran, percayalah, kita pasti akan terasa kelainannya. 

Selamat maju jaya.