Wednesday, 10 October 2012

Kawalan Dalaman Syarikat

Kawalan dalam sesebuah syarikat amat penting kerana ia adalah faktor utama sesebuah syarikat itu boleh terus beroperasi (semestinya dengan keuntungan yang besar), dan syarikat masih lagi relevan untuk bersaing dalam perniagaan dibidangnya yang tersendiri. 

Meskipun ramai yang sedar tentang kepentingannya, namun tidak semua diantara mereka mengambil inisiatif untuk lebih fokus dan serius dalam mewujudkan kawalan dalaman itu sendiri. 

Mengapa perkara ini berlaku? Kurang pendedahan? Tidak cukup masa? Terlalu percaya dengan pekerja? Malas? Tidak perlu kerana syarikat masih kukuh? Membazir wang untuk menambah pekerja dan memberi latihan?

Apapun alasan yang diberi, sebenarnya adalah lebih rugi jika kita mengabaikan kunci utama kejayaan ini. Mungkin kita hanya akan bertindak bila sudah terlambat, seperti kebiasaan. 

Ada orang merasakan bisnes bertambah-tambah maju, semakin banyak projek diperolehi, tapi keuntungan yang diperoleh tidak menggambarkan langsung rancaknya perniagaan. Adalah lebih baik jika syarikat sedar lebih awal, dan pengurusan akan lebih cekap, minimakan kebocoran, percayalah, kita pasti akan terasa kelainannya. 

Selamat maju jaya.

No comments: